cik burung hantu punyer!!!!

█ 1%nakal
█████ 70 %nagis
██████ 80 % senyum
███████ 90 % baek
█████████ 99%Setia
██████████ 100 %syg Allah s.w.t


p/s; cerita aku dri pic...dri TsUrat hingga la tsirat...

Thursday 5 January 2012

6 tanda kekasih curang..





Mempunyai kekasih yang curang adalah igauan ngeri bagi setiap pasangan yang bercinta. Tapi kalau mimpi ngeri jadi nyata, bersabar sajalah. Hadapilah dengan tenang kerana hikmahnya pasti ada. Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang menjadi tanda bahawa mungkin kekasih anda mula curang dengan anda.
1. Sikap Yang Tiba-Tiba Berubah
Mungkin anda perasan sikapnya yang agak dingin atau ‘acuh tak acuh’ terhadap anda. Kalau dulu rajin sms, mungkin sekarang, sms pun dah jarang. Kalau sms pun, gaya bahasanya berlainan. Mungkin tak semesra dulu. Kini, anda pula yang sering sms si dia. Nak tunggu si diareply, oh lambatnya.
2. Suaranya Berubah
Selalunya bicaranya lembut dan manja. Tapi mungkin anda perasan tutur katanya, ton suaranya, tak seperti dulu.
3. Tidak Berminat
Dia seolah-olah tidak berminat dengan anda. Tidak berminat dengan aktiviti yang anda lakukan, tidak berminat untuk berjumpa dan keluar dengan anda. Sebenarnya, dia sedang menjauhkan dirinya dari anda.
4. Menjadikan Isu Kecil Menjadi Masalah Yang Besar
Orang yang ingin beralih arah dalam percintaan biasanya menjadikan isu-isu kecil dalam perhubungan sebagai isu atau masalah yang besar. Kenapa? Mungkin kerana ia ingin menjadikan isu itu kononnya sebagai alasan mengapa dia mahu putuskan hubungan dengan anda, walhal bukanlah sebesar mana permasalahannya.
5. Sensitif dan sering marah-marah
Entah kenapa agaknya, apa saja yang anda buat, mengundang kemarahannya. Pendek kata, ada saja yang tak betul di matanya. Ye lah, orang dah tak sayang. Memanglah macam tu.
6. Alasan Yang Tak Munasabah
Dia mungkin berterus terang, bahawa dia tidak ingin meneruskan hubungan percintaan. Walau apa pun alasannya, biasanya dia tidak akan jujur dengan anda bahawa dia sedang mencintai orang lain. Jika antara alasan yang diberikan agak tidak munasabah seperti “mungkin bukan jodoh kita”, “awak terlalu baik untuk saya”, nasihat saya, berhati-hatilah, anda mungkin ditipu oleh dirinya yang curang!
Cinta itu makhluk. Jika cinta itu adalah jasad percintaan, setia itu adalah ruhnya. Tidak berguna jasad tanpa ruh. Walau seagung mana cinta anda terhadapnya, tetapi jika tiada setia darinya, maka musnahlah cinta. Nasihat saya buat pembaca sekalian, jika anda tidak bersedia untuk bercinta, jangan sesekali anda melafazkannya, takut nanti ada hati yang terluka. Buat anda yang pernah terluka dek kekasih hati yang curang, anda sepatutnya bersyukur kerana anda telah diperlihatkan oleh ‘wajah’nya yang sebenar. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. Jangan terlalu ‘frust’ dan kecewa jika ditinggalkan, kerana orang yang hadir selepas dirinya, biasanya adalah orang yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment