cik burung hantu punyer!!!!

█ 1%nakal
█████ 70 %nagis
██████ 80 % senyum
███████ 90 % baek
█████████ 99%Setia
██████████ 100 %syg Allah s.w.t


p/s; cerita aku dri pic...dri TsUrat hingga la tsirat...

Friday 31 August 2012

cinta vlog is the best=)

 sekarang ak nk cite pasal satu filem yg best..aku pun ta prnh tgok filem ni bfore ni but my friend is ''naim syafiq yg beria2 soh tgok..so ak pun online la tgok amende la ''cinta v-log'' ni..

NASREEN PICTURES SDN BHD mempersembahkan Telemovie cinta remaja CINTA V-LOG untuk TV9! Telemovie terbitan Darling Ngasri ini di arahkan oleh saudara Kas Roshan manakala skripnya oleh saudara Anshari. Cinta V-Log akan mula ditayangkan pada 06 jun 2012, jam 8.30 malam. Antara pelakon yang terlibat dalam telemovie ini adalah:
ALIFF AZIZ -- SHEZZ
WAWA ZAINAL -- MADIHA
ZAHIRIL ADZIM -- AHDA
ANNE NGASRI -- SARA
DARLING NGASRI -- SHAZWANI
ROSLI RAHMAN ADAM -- PAK AKOB

memperkenalkan
MIZY RAZUAN -- AK
NURUL JANNA -- RISA

penampilan khas
NORREEN
dan...

DRUMROLL.....
blogger dan vlogger terkenal, MARIA ELENA!

Sedikit sinopsis untuk Cinta V-Log :

"SHEZZ (ALIFF AZIZ) adalah seorang vlogger popular. Vlog nya penuh dengan lagu, nyanyian dan pertunjukkan silap mata. MADIHA (WAWA ZAINAL) pula adalah seorang vlogger yang baru. Tujuannya membuat vlog tersebut adalah untuk menambah keyakinan diri. SARA (ANNE NGASRI) kawan Madiha, merupakan peminat SHEZZ dan suka menonton kesemua vlog SHEZZ. Ahda (ZAHIRIL ADZIM) adalah seorang pekerja di kedai Pak Ayob iaitu bapa kepada Madiha. Ahda sentiasa menyokong apa saja yang Madiha lakukan.
Disebabkan Sara yang meminta Shezz menonton vlog Madiha, Shezz telah mengutuk dan mengejek vlog milik Madiha. Tanpa disangka, kutukan Shezz telah dibalas oleh Madiha dan rating laman vlog milik Madiha semakin tinggi. Shezz yang telah berang mula berpakat bersama RISA (NURUL JANNA) dan AK (MIZY RAZUAN) untuk membalas dendam terhadap MADIHA. Akhirnya, kejadian yang tidak disangka berlaku...." Saksikan telemovie ini.


mari-mari cik abg..mari-mari cik adik..kita tengok bersama-sama sambil mkn double chesse..hohohoh..

patah seribu by shila hamzah

 ni ak nk cite ni..aku tak tahu la knp aku suka sgt lagu patah seribu ni.. by shila hamzah yg comel..if dgar lagu ''patah seribu'' ni sejuk je hati ni..huh..suka pnyr suka tup2 jdi kenyataan pulak..huh...amek kaw...!!
betoi la org ckp..apa yg kita ckp tu satu doa..amek kaw kn dh jdi...


Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…

cun pulak ak tgok shila hamzah bertukar imej ni..

Wednesday 22 February 2012

Peringatan buat insan yang bergelar lelaki.



Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.

Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.

Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.

Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.

HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.




~ Legend Otai Ustaz Azhar Idrus ( Original ) ~

Thursday 9 February 2012

Satu petang, pukul 6.30 ptg. Kelihatan seorang makcik dengan anak lelakinya sedang bersantai makan buah mangga masam di tepi sawah.

Anak: Mak, serabut tau bila saya masuk facebook.

Makcik: Hah, kenapa lak?

Anak: Masuk je berlambak tazkirah pasal aurat. Berlambak tazkirah pasal couple haram. Yang pasal aurat tu saya tak kisah sgtlah. Mmg patut pun pompuan wajib tutup aurat. Yang saya tak puas hati, pasal kapel haram ni.

Makcik: Hah, kenapa lak?

Anak: Mak tau kan saya ada makwe. Tu yang buat sy bengang tu. Dorang kata, solusi utk yg dah couple ni adalah kena nikah cepat-cepat.

Makcik: Hah, dah tu?

Anak: Ingat senang ke nak nikah cepat-cepat? Mana nak cari duit lagi. Koman-koman duit nikah overall skrg mencecah RM15ribu. Mana saya nak cari dalam masa setahun dua. Dahlah saya pun tgh jobless ni tgh cari keje tak dapat-dapat. Ni semua salah persatuan mak bapak seMalaysia la yang terlalu mementingkan majlis nikah standard2 beribu2.

Makcik: Dah tu, usahalah sungguh-sungguh lagi cari keje. Keje apa-apa pun boleh. Dorang tak salah, mmg kalau nak kawin kena keluar duit beribu-ribu RM gak. Mana ada kahwin free.

Anak: Keje mmg banyak, tapi keje ngn kerajaan jugak yg stabil. Payah gile plak skang nak dapat keje kerajaan sebab majoriti pun berebut2 nak keje kerajaan.

Makcik: Memilih la plak hang ni. Keje je lah dulu cari tapak, cari pengalaman. Taknak keje, hang sambung je la belajar lagi. Awek tu hang pass je kat orang lain yang lebih memerlukan isteri.

Anak: Aduh, mana boleh mak. Sayang gile kot kat awek tu. Mana nak dapat lagi dalam dunia ni awek secantik tu. Tambah2 saya dahla muka tak hensem, dapat awek cun lak tu. Rugi-rugi. Dorang senangla cakap kat dalam artikel, "tinggalkan, putuskan.." tapi ni melibatkan hati dan perasaan mak. Sob2. Dorang tatau terbakar nanti taman dalam hati ni. Oh! tidak tidak tidak. Taknak clash2. Tanaaaak~~. I love her forever kot.~

Makcik: Dah tu, hang nak duk dalam keadaan lagu ni sampai bila? Sampai hang dapat keje?

Anak: Err...err..

Makcik: Hang yakin ke awek yang sorang tu lah betul2 jodoh hang? Hang yakin ke dia lah isteri hang nanti? Hang dah istikharah sblm kapel? Mak tak pernah dengar plak cerita org istikharah sblm kapel. (sambil kunyah mangga)

Anak: Mak ni sejak2 main facebook sure dah terpengaruh dengan page "Jom nikah, kapel tak best!" kat fb yang banyak artikel kapel haram ni. Ramai budak-budak remaja dipengaruhi page ntah ape2 tu. Eii..sakit plak hati ni ingat kat page tu. Boring kot tgk perkataan "kapel haram" berulang kali.

Makcik: Ehem ehem..kalau hang nak tau...

Anak: Ha, apa?

Makcik: Sebenarnya mak la admin or pengasas page tu..kikikiki..

Anak: Apeeeeeeeeeeee~~ ( kunyah mangga laju2 sekali ngn biji2 sekali)

----


sedih..,s0b3..





"La Tahzan". Jangan Bersedih. InsyaAllah Allah ganti lebih baik. Teringat lagu "Lelaki Seperti Aku" - '..memang tak ada lelaki seperti aku, tapi yang lebih baik..BANYAK..'.


Jika sedih, maka menangislah. Tidak ada apa yang memalukan. Menangisi jangan meratapi. Tetapi, ingatlah kasih Allah dalam titis-titis air mata yang dialirkan. Kerana kasih Allahlah kita punya air mata. Bayangkan jika kita sedih, tapi Allah tak kurniakan kita air mata, pasti seksa hati menahan sedih dalam diri.

Menangislah..

-tens a lot to en syabab musafir kasih  coz izin kan copy pic yg di edit oleh rusydee artz,,semoga allah mbalas kabaikan nya,,ameen,,-

Wednesday 8 February 2012

Tiada Jodoh Bukan Kehendak Kita.

Artikel ini dipetik dari blog rakan . Saya sudah lupa dari mana ia diperolehi. Namun saya ingin kongsikan artikel ini untuk kita sama-sama mengambil iktibar.
Bacalah nasihat Mok Wan ni. Renungkanlah Sedalam-dalamnya. Tiada jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat solat. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat ‘Right Person’ dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki/perempuan yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah² bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia menjadi sebaliknya bila ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia²nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. “
Seorang teman pernah berpesan..
“Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..” ”
“Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada..
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”
Semoga mendapat jodoh yang diidamkan dan dirahmati Allah, amin…

Drama "Dakwah Aiskrim Roti: Tips Bercinta Sblm Kahwin".



Suatu petang pukul, 6.40 petang. Makcik dalam cerita sebelumnya (blm baca? sila baca dulu kisah makcik dan anak lelaki makan buah mangga) telah diziarahi oleh anak sedara pompuannya yang umur 21 an. Lalu makcik mengajak anak sedaranya itu bertenggek di tepi sawah makan aiskrim roti.

***** ISU 1 ******

Gadis: Makcik, nape pompuans skang ramai tak tutup aurat?

Makcik: Ok. isu orait gak. Hang agak2 nape?

Gadis: Sebab dorang rasa dorang lawa sangat la tu tak tutup aurat. Boleh menampilkan kulit gebu mulus, rambut rebonding, nak berpesyen. Tak ready lagi n macam2 lagilah.

Makcik: Huhu. (kunyah roti sikit). Kita terus cari punca la senang. Komen byk pasal dorang pun tak kehabisan. Umur baligh seseorang pompuan tu kalo ikut pembacaan makcik la, fiqh al-Syafi'i kata koman2 umur 9 tahun dah ada yg dtg haid tanda baligh. Ikut Imam Abu Hanifah lak kata 17 tahun. Abu Yusuf, Muhammad b. Hassan, dan al-Syafi'i meletakkan umur 15 tahun (form 3) umur standard baligh.

Gadis: Tak paham. Macik rujuk kitab mano ni?

Makcik: Ikut suko makcik lah. Wajib tutup aurat bila dah baligh. So, parents ada masa 9 hingga 15 tahun nak didik anak tutup aurat betul-betul di rumah. See, Allah dah bagi ruang masa yang cukup utk kita bersedia. Tade alasan "TAK READY" lagi. Parents yg cerdik, bekalkan anak dgn agama. Parents yang kurang cerdik, manjakan anak sampai nak rotan sikit pun tak sampai hati. Bukan aurat je, solat pun camtu lerr. Kalau parents dah tahu jahil tukil bab agama, tak reti-reti ke search youtube ceramahUstaz Azhar Idrus ( Original ) ? huhu

******** Isu II ********

Gadis: Uhuk. Ok, saya ada baca artikel Hilal Asyraf, penulis tersohor tu. Tajuk dia, "Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal." Tak berapa paham ah. Cuba makcik terang sikit.

Makcik: Amboi cairla eskrim makcik camni duk terang. Biasalah ayat dia tu banyak sikit bunga. Hang ni takkan tak paham. Hah apa yang tak clear?

Gadis: Cinta sebelum kawin betul ke ada?

Makcik: Ada je. Ada dua jenis. Satu, cinta sebab nak kahwin. Dua, cinta sebab nak couple. Kenapa makcik cakap ada? Satu, bila hang nak kahwin hang kena tengok dulu pasangan hang tu. Sunat kot tengok pasangan yg kita nak kahwini ni. Adakah hang nak kahwin kalo hang tak berkenan dengan pasangan hang tu?

Gadis: Of coz la nak yg berkenan di mata dan di hati!

Makcik: So, berkenan ni bila hati hang suka. Dari bibit suka tu lah timbul sayang. Dari sayang timbullah cinta. Bezanya, memula ni tidaklah cinta sepenuhnya, mukaddimah baru. Ha, ada berani kata takde rasa cinta? Jangan duk kelentong makcik org tua, lama makan garam masin dari hang. Cinta kat ajnabi ni boleh bila nak kahwin. Tapi ada syaratnya.

Gadis: Apa syaratnya? (Membulatkan mata kat makcik)

Makcik: Syaratnya betul2 nak kahwinlah. Utk orang2 yg mmg bersedia nak kahwin. Utk yang serius2 sahaja. Yang penting sekali, tidak melengah2kan proses ke arah itu. Ni berkenan dan bercinta sampai 5-10 tahun. Tu bukan cinta dah tu. Tu namanya tolong mempercepatkan proses penuaan pasangan masing2. Dah tua, tinggalkan..cari yg muda. Hak ela. Lepas dah lama bersama, baru nak kata, "kita tak seswai lah, tak sefahaman, takleh masukk.."

Gadis: Halal tu camana plak?

Makcik: Rasa cinta tu ok. Tapi yang PERGI BERCINTA tu yang tak ok. Islam suruh PERGI BERKAHWIN. Bila bercinta, nak tiru adegan2 percintaan dalam cite Korea la plak. Tu mmg tak halal. Yang halal di sisi Islam, tumbuh rasa cinta untuk segera nak kahwin.

Gadis: So camana sebenarnya cinta yg sblm kahwin ni?

Makcik: Cinta sebelum kahwin utamanya adalah cinta yang segerakan perkahwinan. Tak perlulah nak letak ikatan apa-apa "bf" or "gf". Datang ke rumah famili, "tanda" betul-betul dengan wali si pompuan. Minta izin, ikat janji dengan abah dia, "saya nak kahwin dengan anak pakcik ni". Direct je. Ikat dengan abah dulu, bukan pepandai ikat dengan anak bagi cincin tanda sendiri.

Gadis: Contact2 camana lak? Harom ke?

Makcik:Bukan takleh tepon, takleh sms, takleh chat, takleh fb, boleh je. Tapi biar berpada-pada lah. Eloknya, benda yang penting2 dan yg perlu je. Sebab sentiasa set dalam kepala, "Aku nak cakap puas2 dengan dia lepas nikah nanti." Takkanlah sampai nak call, nak sms utk bincang pasal hal2 perkahwinan dan pertunangan pun haram. Susah betul nak berkomunikasi. Macam nak kahwin ngn pokok kayu. Kalau boleh call mak ayah or org tengah, tu terbaik. Kalau terpaksa gak kena contact si empunya diri, nak wat camana kan?

Gadis: (Angguk2 olok2 paham). So camana lak bercinta bersayang-sayang sebelum kahwin?

Makcik: Kalau tatau nak kahwin bila, tatau dapat kawin ke tak..tak bolehlah. Tapi, kalau dah jumpa famili semua dan dah ada perancangan, boleh je biarkan rasa tu tapi jangan la duk luahkan rasa sangat. Agak2lah. Cakap sekali dah lah, "eii tak sabarnya nak kahwin ngn awak nii~". Ni hari2 nak cakap "sayang". Lek la luhhh!~ Eloknya, simpan terus jiwang2 hang tu utk dihamburkan lepas kahwin nanti. Kikiki

Gadis: Cinta sebelum kahwin yg terbaiknya camana?

Makcik: Cinta yang apabila kita cinta seseorang itu samada diluah atau dalam diam, menyebabkan cinta kita kepada Allah makin bertambah. Makin rajin kita bangun tahajjud malam. Makin rajin kita baiki diri. Makin rajin kita istikharah. Makin sayang kita pada Allah. Makin kita dekat pada Allah. Makin kita rasa bersyukur pada Allah. Ingat dia, ingat Dia. Tapi lebih ingat Dia dari dia. (senyum)

Bila kita kata "cinta ini kerana Allah", maka mmg patut cinta kepada Allah kita tambahkan lagi. Tapi, jika "cinta kerana tidak ada sebab selain aku dah jatuh cinta padamu", yg sebenarnya kita dah tenggelam dgn nafsu dan kemahuan hati semata-mata. Sebab kita mulai hanya nampak dia, dan kita akhirnya lupakan Dia.

Gadis: Camana lak tentang majlis kahwin mahal? Standard2?

Makcik: Kalau hang laki, hang pilih je pompuan lain kalau dah mahal sgt. Ibaratnya, aiskrim roti ni haa harganya RM1 je. Sedap je pun. Tapi hang pi gak bodohkan diri beli Tutti Frutti yg kena timbang tu dengan harga sampai RM20 secawan. Rasa lebih kurang je padahal.

Gadis: Huhu. So macik, apa kesimpulannya?

Makcik: Tade sebab kita nak halalkan couple haram. Benda mudarat, buat apa nak halalkan. Islam tu mengutamakan "mencegah lebih baik dari mengubati." Dalam nak bercinta, cintalah ke arah nak kahwin. Jangan cinta couple memain. Senang je makcik nak tanyala pada couple yang berpacaran2, dating, bergayut2 siang malam ni:

"Hati korang rasa tenang ke dalam keadaan sedemikian?".

Couple memain ni ibaratnya macam lintah la. Janganlah jadi macam lintah. Hisap darah kita bukan main sedap, bila dah kenyang tergolek jatuh. Tapi, bekas hisapan tu berbekas sampai 2-3 hari tak hilang2. Contohnya macam lintah kat betis hang tu. kikiki.

Gadis: Apeeeeeeee~~~ Macikkkk~~~~ tulunn~~!!! (tercampak habis aiskrim roti ntah ke mana). 

Ramai Menangis & Insaf Membaca Kisah Si Kecil Ini…

Suatu hari selepas saya memberikan satu pengisian di dalam slot bersama remaja, datang seorang remaja darjah 6 duduk di tepi meja saya.
“Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR.”
“InsyaAllah, UPSR 5A.”
Selepas saya berkata sedemikian, dia masih tidak berlalu pergi. Dia tetap duduk sahaja dekat dengan meja saya. Katanya lagi,
“Ustazah, ini serius tahu!”
Saya senyum sembil berkata;
“Ya, saya tahu. Memang UPSR 5A dari dahulu hingga sekarang. Atau sudah bukan 5A lagi sekarang?”
“Ustazah ini beriya-iya mahu doa, tetapi tidak pula bertanya siapa nama saya.”
Saya mula merasakan anak ini serius dengan kata-katanya. Saya bertanyakan namanya. Setelah diberitahu nama, dia berkata lagi,
“Ustazah mesti doakan saya dapat 5A ya.”
“Boleh ustazah tahu, mengapa kamu bersungguh-sungguh mahu ustazah doakan?”
Dia menyambung lagi,
“Ustazah, saya meminta untuk didoakan agar dapat 5A dalam UPSR kerana saya mahu menuntut hadiah daripada ibu saya. Ibu tidak tahu lagi, apa hadiah yang saya mahukan.”
Dalam fikiran saya, tentulah hadiah yang dimahukan seperti Basikal, PS2, video game atau yang seumpama dengannya.
“Boleh kamu kongsi dengan ustazah dahulu, hadiah apakah yang kamu mahukan daripada ibu kamu sekiranya kamu mendapat 5A?”
“Ustazah, saya harus dapat 5A. Kerana sekiranya saya dapat 5A, saya mahu tuntut hadiah daripada ibu supaya dia menutup aurat dengan sempurna, memakai tudung.”
Pada ketika itu juga, saya menadah tangan berdoa,
“Wahai Allah, Engkau mendengar luahan hati anak ini. Sekiranya dengan 5A boleh menjadi penyebab ibunya mendapat hidayah-Mu, Engkau berikanlah 5A kepada anak ini wahai Allah.”
~Ustazah Norhafizah Musa.
*Hidayah Allah tidak mengenal usia. Kadangkala, seorang anak mendapat hidayah terlebih dahulu daripada ibunya. Oleh kerana itu, mohonlah hidayah Allah dengan airmata bukan air liur. Jangan pernah berhenti berdoa sebelum hidayah Allah menghuni jiwa. Kasih Allah itu lebih luas daripada kesalahan dan kealpaan diri kita. Pengampunan Allah itu lebih besar daripada dosa yang pernah kita lakukan. Sungguh Allah itu dekat apabila kita berusaha mendekatkan diri kepada-Nya.
Dipetik dari FB Siti Khadijah.

Hakikat sebenarnya seorang lelaki yang wanita TAKNAK jadikan suami:



1. Tak berpendidikan tinggi = orang taknak
2. Ada sijil dan ijazah tapi tak ada kerjaya = orang taknak 

3. Ada agama tapi tak ada kerja = orang tanak
4. Ada kerja tapi gaji ciput sekadar dapat makan megi je = orang tanak

5. Ada rupa tapi tade kerjaya = orang tanak

6. Tade rupa, tade harta = orang tanak

7. Ada ilmu, tade kerjaya = orang tanak

8. Ada impian tapi tade usaha = orang tanak

9. Ada pakaian segak, tapi tade duit = orang tanak

10. Ada segalanya tapi tade duit = orang tanak

11. Tade duit = orang mmg tanak.

12. Ada cinta, ada kasih, ada sayang tapi tade duit dan kerja = orang tanak..sekadar wat jadi pakwe main2 tu blehlah..tp utk serius sorry no..

13. Ada ayat power, tapi tade duit nak masuk minang pun = orang tanak. Mertua pun tanak.

14. Tade duit nak topup pun nak mesej calon isteri apatah lagi nak beli umah dan kereta = orang tanak.

15. Gagal memberikan jaminan hidup pada bakal pasangan = orang lagi la taknak. Wek..

p/s: kenyataan hidup sebenar di alam realiti. Adik2 yang duk syiok kapel or cintan cintun di alam persekolahan atau di ipt2 tu pahamilah ek kenyataan sebenor. Yang duk angan2 nk minang awek2 cun..anak dara org tu pun sama..pk2lah ayat2 di atas.

Tuesday 10 January 2012

perbezaan cinta,syng,suke & minat..



Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)




Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)



Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )



Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu… nbila kta cintakn seseorg itu x prnh menunjuk2 krna cinta yg ikhls dtg dri hati..



Sunday 8 January 2012

Marriage Life Before and After !!

Before marriage. 
sayang here.. sayang there...
After marriage. 
Baling here... baling there.. 

Before marriage. 
I die for you. . .
After marriage.
'You die, up to you. ' 
Lagi lama married.
You die I help you! 

Before marriage. 
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. . 
You go anywhere. . up to you . 
Lagi lama married. 
You go anywhere, better u got lost!! 

Before wedding 
you are my heart, you are my carta hati'
After wedding
'you get on my nerves. 

Before wedding 
'you are sweet and kind just like puteri gunung ledang' 
After wedding 
'you are worse than hanti mak limah blik rumah' 

Before wedding 
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm with you 
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I sue you! 

Before wedding 
Every makan he brings you to mcd-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la! 

Before wedding 
She looks like hana tajima
After wedding
Don't know whether katak or pontianak
p/s: so..,jgn kahwen..,!!!

10 Perkara Bukti Lelaki itu Rumit


1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.

Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.



8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar


Thursday 5 January 2012

Bila Kita Jatuh Cinta..



Ini adalah soalan yang harus anda tanya pada diri sendiri apabila anda mula rasa jatuh cinta..
1. Perlukah bercinta setiap kali mula rasa jatuh cinta?
2. Adakah apa yang kurasakan ini adalah cinta?
3. Jika aku jatuh cinta padanya, adakah ini bermakna dia adalah orang yang betul untuk menjadi pasangan hidupku?
4. Atas dasar atau sebab apa aku jatuh cinta?
Biar saya tolong anda jawab:
1. Perlukah bercinta setiap kali mula rasa jatuh cinta?
Apabila hati sudah kata cinta, perlukah anda menurut kata hati dengan terus berusaha mencari jalan agar dapat bercinta dengannya? Asalkan rasa cinta, terus nak bercinta, asalkan rasa cinta terus nak berkorban segala. Apabila cinta baru hendak berputik, sabar dulu. Janganlah terus kelam kabut nak bercinta. Adakah perlu bercinta setiap kali anda mula rasa jatuh cinta pada seseorang? Jawabnya tidak! Kenapa? Teruskan membaca ye..
2. Adakah apa yang kurasakan ini adalah cinta?
Ramai orang yang menemui sengsara dalam ‘percintaan’ mereka kerana mereka tersilap meneka. Dulu, mereka ingat, inilah cinta! Tapi rupa-rupanya hanya perasaan suka yang biasa-biasa yang akhirnya bertukar menjadi nafsu semata. Sebab itulah, bila mana kita mula merasakan cinta, boleh jadi, itu bukanlah rasa cinta sebenar, tetapi perasaan lain yang lebih kurang sama rasanya. Biasanya kalau bukan cinta, apa lagi kalau bukan nafsu. Itu yang bahaya tu..


3. Jika aku jatuh cinta padanya, adakah ini bermakna dia adalah orang yang betul untuk menjadi pasangan hidupku?
Rasa jatuh cinta boleh jadi dengan sesiapa saja. Ya, ini termasuklah dengan jejaka dari Lombok. Jika anda jatuh cinta, jangan lupa peringatkan diri dengan persoalan, “adakah dia orang yang betul dan benar-benar serasi untuk dijadikan pasangan hidupku?” Jika anda bercinta kerana mahu membina keluarga bahagia, pilihlah orang yang sesuai, serasi dan menjamin kebahagian dalam hidup anda. Masalahnya, belum tentu orang yang berjaya mencairkan hati anda itu adalah  orang yang betul dan sesuai untuk anda.


4. Atas dasar atau sebab apa aku jatuh cinta?
Cinta kerana rupa? Cinta sebab dia baik? Cinta kerana dia mempunyai persamaan dengan bekas kekasih anda dulu? Apa saja sebab anda, pastikan anda mencintainya kerana perilakunya, akhlaknya, budi bicara serta adab sopannya. Anda tidak salah untuk memilih si kacak dan si jelita, tetapi pastikan itu bukan sebab utamanya. Tetapi jika anda bercinta dengan si rupawan yang tinggi budi perkerti dan agamanya, aduhai, bertuahnya anda. Jika anda bercinta dengan seseorang kerana dia melayan anda dengan begitu baik (dituju khas untuk kaum perempuan) ini bukanlah sebab yang baik. Hakikatnya, ramai lelaki yang memberi layanan yang istimewa pada orang perempuan tetapi hakikatnya niatnya hanya untuk mempermainkan. Jika anda tanya saya, bercintalah kerana Allah. Bagaimana? Bercintalah dengan orang yang menyintai Allah. Ini akan terlihat dari perilakunya, akhlak dan perbuatannya.


6 tanda kekasih curang..





Mempunyai kekasih yang curang adalah igauan ngeri bagi setiap pasangan yang bercinta. Tapi kalau mimpi ngeri jadi nyata, bersabar sajalah. Hadapilah dengan tenang kerana hikmahnya pasti ada. Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang menjadi tanda bahawa mungkin kekasih anda mula curang dengan anda.
1. Sikap Yang Tiba-Tiba Berubah
Mungkin anda perasan sikapnya yang agak dingin atau ‘acuh tak acuh’ terhadap anda. Kalau dulu rajin sms, mungkin sekarang, sms pun dah jarang. Kalau sms pun, gaya bahasanya berlainan. Mungkin tak semesra dulu. Kini, anda pula yang sering sms si dia. Nak tunggu si diareply, oh lambatnya.
2. Suaranya Berubah
Selalunya bicaranya lembut dan manja. Tapi mungkin anda perasan tutur katanya, ton suaranya, tak seperti dulu.
3. Tidak Berminat
Dia seolah-olah tidak berminat dengan anda. Tidak berminat dengan aktiviti yang anda lakukan, tidak berminat untuk berjumpa dan keluar dengan anda. Sebenarnya, dia sedang menjauhkan dirinya dari anda.
4. Menjadikan Isu Kecil Menjadi Masalah Yang Besar
Orang yang ingin beralih arah dalam percintaan biasanya menjadikan isu-isu kecil dalam perhubungan sebagai isu atau masalah yang besar. Kenapa? Mungkin kerana ia ingin menjadikan isu itu kononnya sebagai alasan mengapa dia mahu putuskan hubungan dengan anda, walhal bukanlah sebesar mana permasalahannya.
5. Sensitif dan sering marah-marah
Entah kenapa agaknya, apa saja yang anda buat, mengundang kemarahannya. Pendek kata, ada saja yang tak betul di matanya. Ye lah, orang dah tak sayang. Memanglah macam tu.
6. Alasan Yang Tak Munasabah
Dia mungkin berterus terang, bahawa dia tidak ingin meneruskan hubungan percintaan. Walau apa pun alasannya, biasanya dia tidak akan jujur dengan anda bahawa dia sedang mencintai orang lain. Jika antara alasan yang diberikan agak tidak munasabah seperti “mungkin bukan jodoh kita”, “awak terlalu baik untuk saya”, nasihat saya, berhati-hatilah, anda mungkin ditipu oleh dirinya yang curang!
Cinta itu makhluk. Jika cinta itu adalah jasad percintaan, setia itu adalah ruhnya. Tidak berguna jasad tanpa ruh. Walau seagung mana cinta anda terhadapnya, tetapi jika tiada setia darinya, maka musnahlah cinta. Nasihat saya buat pembaca sekalian, jika anda tidak bersedia untuk bercinta, jangan sesekali anda melafazkannya, takut nanti ada hati yang terluka. Buat anda yang pernah terluka dek kekasih hati yang curang, anda sepatutnya bersyukur kerana anda telah diperlihatkan oleh ‘wajah’nya yang sebenar. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. Jangan terlalu ‘frust’ dan kecewa jika ditinggalkan, kerana orang yang hadir selepas dirinya, biasanya adalah orang yang lebih baik.