cik burung hantu punyer!!!!

█ 1%nakal
█████ 70 %nagis
██████ 80 % senyum
███████ 90 % baek
█████████ 99%Setia
██████████ 100 %syg Allah s.w.t


p/s; cerita aku dri pic...dri TsUrat hingga la tsirat...

Thursday 5 January 2012

Bila Kita Jatuh Cinta..



Ini adalah soalan yang harus anda tanya pada diri sendiri apabila anda mula rasa jatuh cinta..
1. Perlukah bercinta setiap kali mula rasa jatuh cinta?
2. Adakah apa yang kurasakan ini adalah cinta?
3. Jika aku jatuh cinta padanya, adakah ini bermakna dia adalah orang yang betul untuk menjadi pasangan hidupku?
4. Atas dasar atau sebab apa aku jatuh cinta?
Biar saya tolong anda jawab:
1. Perlukah bercinta setiap kali mula rasa jatuh cinta?
Apabila hati sudah kata cinta, perlukah anda menurut kata hati dengan terus berusaha mencari jalan agar dapat bercinta dengannya? Asalkan rasa cinta, terus nak bercinta, asalkan rasa cinta terus nak berkorban segala. Apabila cinta baru hendak berputik, sabar dulu. Janganlah terus kelam kabut nak bercinta. Adakah perlu bercinta setiap kali anda mula rasa jatuh cinta pada seseorang? Jawabnya tidak! Kenapa? Teruskan membaca ye..
2. Adakah apa yang kurasakan ini adalah cinta?
Ramai orang yang menemui sengsara dalam ‘percintaan’ mereka kerana mereka tersilap meneka. Dulu, mereka ingat, inilah cinta! Tapi rupa-rupanya hanya perasaan suka yang biasa-biasa yang akhirnya bertukar menjadi nafsu semata. Sebab itulah, bila mana kita mula merasakan cinta, boleh jadi, itu bukanlah rasa cinta sebenar, tetapi perasaan lain yang lebih kurang sama rasanya. Biasanya kalau bukan cinta, apa lagi kalau bukan nafsu. Itu yang bahaya tu..


3. Jika aku jatuh cinta padanya, adakah ini bermakna dia adalah orang yang betul untuk menjadi pasangan hidupku?
Rasa jatuh cinta boleh jadi dengan sesiapa saja. Ya, ini termasuklah dengan jejaka dari Lombok. Jika anda jatuh cinta, jangan lupa peringatkan diri dengan persoalan, “adakah dia orang yang betul dan benar-benar serasi untuk dijadikan pasangan hidupku?” Jika anda bercinta kerana mahu membina keluarga bahagia, pilihlah orang yang sesuai, serasi dan menjamin kebahagian dalam hidup anda. Masalahnya, belum tentu orang yang berjaya mencairkan hati anda itu adalah  orang yang betul dan sesuai untuk anda.


4. Atas dasar atau sebab apa aku jatuh cinta?
Cinta kerana rupa? Cinta sebab dia baik? Cinta kerana dia mempunyai persamaan dengan bekas kekasih anda dulu? Apa saja sebab anda, pastikan anda mencintainya kerana perilakunya, akhlaknya, budi bicara serta adab sopannya. Anda tidak salah untuk memilih si kacak dan si jelita, tetapi pastikan itu bukan sebab utamanya. Tetapi jika anda bercinta dengan si rupawan yang tinggi budi perkerti dan agamanya, aduhai, bertuahnya anda. Jika anda bercinta dengan seseorang kerana dia melayan anda dengan begitu baik (dituju khas untuk kaum perempuan) ini bukanlah sebab yang baik. Hakikatnya, ramai lelaki yang memberi layanan yang istimewa pada orang perempuan tetapi hakikatnya niatnya hanya untuk mempermainkan. Jika anda tanya saya, bercintalah kerana Allah. Bagaimana? Bercintalah dengan orang yang menyintai Allah. Ini akan terlihat dari perilakunya, akhlak dan perbuatannya.


No comments:

Post a Comment